Ahad, 6 Februari 2011

Anak adalah harta dunia dan akhirat

Bersyukurlah sesiapa sahaja yang memilik anak yang ramai. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun merasa bangga jika memiliki umatnya yang ramai. Jadi kepada sesiapa yang bercadang untuk menghadkan jumlah anak atas 1001 alasan, fikir-fikirkanlah, terutama sekali mereka yang bekerjaya hebat, profesional dan bergaji tinggi. Kitalah sebenarnya yang akan melahirkan generasi pelapis yang hebat, bukan setakat dari segi kualiti tapi kuantitinya juga. Ini kerana ibu bapa yang berpendidikan tinggi, berjawatan, bersahsiah dan bergaji besarlah yang lebih mampu untuk melahirkan anak-anak yang ramai dan berkualiti kerana sangat besar pengaruh baka dan persekitaran ibu bapa terhadap corak pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Jadi kenapa kita perlu menghadkan jumlah anak sedangkan kita mempunyai segala-galanya-wang ringgit, harta kekayaan, kerjaya yang hebat, gaji yang lumayan dan pendidikan yang tinggi untuk melahirkan generasi pelapis yang berkualiti pada masa hadapan. Ya, anaklah harta kita sama ada kita masih ada di dunia ini atau pun setelah kita menutup mata nanti. Anak yang soleh dan solehah mampu untuk menyejukkan hati ibu bapa di dunia dan menerangi pembaringan kita di alam baqa nanti, insya-Allah. Kita bukan sahaja mahu kan kuantiti memiliki anak yang ramai, malah yang lebih hebat adalah kualiti dalam setiap diri anak-anak yang kita lahirkan. Bak kata pepatah, baka tanaman yang baik akan melahirkan buah yang baik juga. Sama-sama kita muhasabah diri, hiasi peribadi. Terima kasih.

1 ulasan:

  1. Anugerah Ilahi...dah dapat 2 pasang anak. Orang tua kata selang bunga. Moga masih diberi peluang mendapat sepasang lagi penyambung zuriat dan buah cinta kami suami isteri

    BalasPadam