Ahad, 6 Februari 2011

Anak adalah harta dunia dan akhirat

Bersyukurlah sesiapa sahaja yang memilik anak yang ramai. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun merasa bangga jika memiliki umatnya yang ramai. Jadi kepada sesiapa yang bercadang untuk menghadkan jumlah anak atas 1001 alasan, fikir-fikirkanlah, terutama sekali mereka yang bekerjaya hebat, profesional dan bergaji tinggi. Kitalah sebenarnya yang akan melahirkan generasi pelapis yang hebat, bukan setakat dari segi kualiti tapi kuantitinya juga. Ini kerana ibu bapa yang berpendidikan tinggi, berjawatan, bersahsiah dan bergaji besarlah yang lebih mampu untuk melahirkan anak-anak yang ramai dan berkualiti kerana sangat besar pengaruh baka dan persekitaran ibu bapa terhadap corak pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Jadi kenapa kita perlu menghadkan jumlah anak sedangkan kita mempunyai segala-galanya-wang ringgit, harta kekayaan, kerjaya yang hebat, gaji yang lumayan dan pendidikan yang tinggi untuk melahirkan generasi pelapis yang berkualiti pada masa hadapan. Ya, anaklah harta kita sama ada kita masih ada di dunia ini atau pun setelah kita menutup mata nanti. Anak yang soleh dan solehah mampu untuk menyejukkan hati ibu bapa di dunia dan menerangi pembaringan kita di alam baqa nanti, insya-Allah. Kita bukan sahaja mahu kan kuantiti memiliki anak yang ramai, malah yang lebih hebat adalah kualiti dalam setiap diri anak-anak yang kita lahirkan. Bak kata pepatah, baka tanaman yang baik akan melahirkan buah yang baik juga. Sama-sama kita muhasabah diri, hiasi peribadi. Terima kasih.

Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Datang Ke Laman Peribadi Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selamat datang ke laman blog peribadi saya dan salam tahun baru 2011. Semoga kedatangan tahun baru ini bakal menceriakan hari-hari kita yang lebih mendatang. Tidak lupa buat semua sahabat handai, rakan taulan dan keluarga salam ukhuwah dari saya untuk anda semua. Salam sayang buat suami dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi pembakar semangat diri ini untuk terus maju ke hadapan dan berani menongkah arus kehidupan. Terima kasih semua.